blog ini sudah berpindah

untuk makluman blog ini sudah berpindah ke http://cikgumuhaiminzaki.blogspot.com/..sekian, terima kasih..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hidupkan Al Quran sebagai perlembagaan diri!

Assalamualaikum wbt

Kita mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al-Quran dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya terutama di waktu dhuha kerana Allah berfirman:

أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْءَانَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْءَانَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). (Surah Al-Isra' 17: Ayat 78).

Kita mesti membacanya dengan penuh tadabbur, berfikir, merenunginya dengan khusyuk dan sedih kerana sabda Rasulullah s.a.w:

إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ نَزَلَ بِحُزْنٍ فَإِذَا قَرَأْتُمُوهُ فتحازنوا

"Sesunguhnya Al-Quran diturunkan dalam keadaan dukacita, maka apabila kamu membacanya hendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut" (Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan Abu Nu'aim).

Demikian juga saya mestilah sentiasa ingat peringatan Allah dalam firmanNya:

لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْءَانَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah). (Surah Al-Hasy-r 59: Ayat 21).

Rasulullah s.a.w bersabda:

مَا آمَنَ بِالْقُرْآنِ مَنْ اسْتَحَلَّ مَحَارِمَهُ
"Tidaklah beriman dengan Al-Quran oleh orang yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran" (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)
Sabdanya lagi:

أفضل عبادة أمتى تلاوة القرآن

"Ibadah yang paling utama bagi umatku ialah membaca Al-Quran".
(Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Fadha'ilul-Quran)
Di dalam sebuah hadis dari 'Abdullah bin Mas'ud Rasulullah bersabda:
إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ مَأْدُبَةُ اللَّهِ فَتَعَلَّمُوا مِنْ مَأْدُبَتِهِ مَا اسْتَطَعْتُمْ إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ حَبْلُ اللَّهِ وَالنُّورُ الْمُبِينُ وَالشِّفَاءُ النَّافِعُ عِصْمَةٌ لِمَنْ تَمَسَّكَ بِهِ وَنَجَاةٌ لِمَنْ اتَّبَعَهُ لَا يَزِيغُ فَيَسْتَعْتِبُ وَلَا يَعْوَجُّ فَيُقَوَّمُ وَلَا تَنْقَضِي عَجَائِبُهُ وَلَا يَخْلَقُ عَنْ كَثْرَةِ الرَّدِّ فَاتْلُوهُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْجُرُكُمْ عَلَى تِلَاوَتِهِ بِكُلِّ حَرْفٍ عَشْرَ حَسَنَاتٍ أَمَا إِنِّي لَا أَقُولُ الم وَلَكِنْ بِأَلِفٍ وَلَامٍ وَمِيمٍ

"Sesungguhnya Al-Quran ini adalah hidangan Allah, oleh itu hendaklah kamu menyebutnya sekadar yang terdaya oleh kamu menyebutnya. Sesungguhnya Al-Quran ini adalah tali Allah, cahaya yang terang benderang dan penawar yang berguna. Penjaga kepada siapa yang berpegang kepadanya, jaminan kejayaan bagi yang mengikutinya. Ia tidak salah yang menyebabkan ia tercela, ia tidak bengkok yang menyebabkan ia perlu diperbetulkan, keajaibannya tidak kunjung habis dan ia tidak menjadi cacat sekalipun banyak (kandungannya) ditolak orang. Bacalah Al-Quran kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf dari bacaanmu dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan kepadamu Alif, Lam, Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

(Riwayat Al-Hakim)

Dalam satu wasiat kepada Abu Zar Rasulullah berkata:

عليك بتلاوة القرآن فإنه نور لك فى الأرض وذخر لك في السماء
"Kamu wajib melazimkan dirimu membaca Al-Quran kerana ia adalah cahaya untuk kamu di bumi dan perbendaharaan untuk di langit." (Riwayat Ibnu Hibban)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

kembara dakwah di sabak bernam

Alhamdulillah, kami dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi tetamu di Sungai Besar , Tanjung Karang dan Sabak Bernam..rombongan bermula ketika seusai solat Asar berjemaah..Selepas itu kami dibawa ke Sg Besar oleh Cikgu Baha(daie).Dalam pertengahan jalan, kami singgah di restoren sate di Tanjung Karang..begitu sedap menikmati sate sehingga tidak berdaya menghabiskan kesemuanya..Dalam rombongan ini, antara aktiviti yang dijalankan adalah melakukan ziarah di rumah pekerja ladang Sabak Bernam, Sekolah Dr Abdul Latif, melawat kilang kerepek, muzium Sabak , serta berpeluang mengikiti Forum Subuh dan Kuliah Maghrib di sana..Jarang pada waktu Subuh diadakan forum, kebiasaannya hanyalah kuliah pengajian biasa, namun tidak di sni!!Hafiz, ana, Haswad serta Farhan adalah yang menjadi peserta pada kali ini..Sekalung penghargaan buat Cikgu Baha dan keluarga , Kirin Dan Anas yang banyak membantu..Salam mahabbah buat semua..minggu depan bermulalah kepadatan program ana iaitu di Impiana Rimba Resort..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
ssalamualaikum wbt

Moga antum sentiasa dalam redha Allah SWT. Moga kita terus diberi kekuatan untuk bersolat maghrib dan solat berjemaah selepas waktu ini.

Perkara kelima dalam ibadah seorang Muslim adalah,

Kita mesti beribadat dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak merasa cukup dan tidak kenyang. Kita perlu menghampirkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan sunat sebagai menyahut seruan Allah, di dalam sebuah hadis qudsi:

مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ وَمَا تَرَدَّدْتُ عَنْ شَيْءٍ أَنَا فَاعِلُهُ تَرَدُّدِي عَنْ نَفْسِ الْمُؤْمِنِ يَكْرَهُ الْمَوْتَ وَأَنَا أَكْرَهُ مَسَاءَتَهُ

"Sesiapa yang memusuhi kekasihku (waliKu), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada satu perbuatan mendekatkan diri (taqarrab) kepada Aku oleh hambaKu yang lebih Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang Aku fardukan ke atasnya. Hamba Ku akan terus beramal menghampiri diri kepadaKu dengan melakukan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya maka Aku (menjadikan) pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon sesuatu dari Aku nescaya Aku berikannya. Dan jika dia memohon perlindungan Aku (dari sesuatu) nescaya Aku akan melindunginya. Aku tidak pernah ragu dari sesuatu yang Aku lakukan seperti Aku ragu (hendak mengambil) nyawa hambaKu yang Mukmin, di mana dia membenci maut sedang Aku tidak menyakitinya." (Hadis oleh Al-Bukhari)

jazakallah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

ibadah

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah jika semalam kita sudah mengamalkan tentang ibadah yang harus mempunyai hubungan dengan Allah, pasti kita sudah merasa manisnya iman.

dalam kuliah hadis ana semalam, ustaz menyatakan bagaimana iman itu tertegak. iman tertegak apabila kita beramal dengan ajaran Islam apabila kita beramal dengan rukun Islam.

Maka point yang ketiga ke arah ibadah yang diredhai Allah adalah

Saya mestilah beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia dan hiruk-pikuknya. Beribadat dalam keadaan seperti inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:
لا ينظر الله إلى الصلاة لا يحضر الرجل فيها قلبه مع بدنه
"Allah s.w.t tidak memandang kepada sembahyang seorang lelaki yang mengerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya."
Berkata 'ulama':
"Sembahyang itu adalah urusan akhirat, maka kamu masuk menunaikannya (bererti) kamu telah keluar dari dunia."
Al-Hassan Al-Basri meriwayatkan:
"Setiap sembahyang yang tidak disertai kehadiran hati, maka
ia adalah lebih hampir kepada seksaan."

Jazakallah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS


Tinggal Perkara Yang Tidak Bermanafaat

1. Hari ini suasana subuh agak hening. Cuaca kelihatan seperti hujan akan turun pada bila - bila masa . Namun hati ini terasa damai dan tenang . Agak sukar untuk menemui saat seperti ini .

2. Saya segera melangkah ke surau ar Raudhah untuk solat subuh berjamaah dan kemudian menyampaikan kuliah . Telah menjadi rutin hidup ini jika saya berkesempatan berada di rumah, saya akan berjamaah bersama sahabat - sahabat di surau Ar Raudhah .

3. Biarpun kedudukan surau ini hanya sepelaung sahaja jaraknya dari rumah , saya hanya berkesempatan sehari dua sahaja dalam seminggu untuk bersama sahabat - sahabat di sekitar Taman Pelindung Perdana ini . Selebihnya , masa saya banyak dihabiskan di luar kerana memenuhi keperluan dan melaksanakan tuntutan perjuangan Islam ini .

4. Masih segar dalam ingatan ini bagaimana naqib usrah saya semasa belajar di Mesir dulu , selalu mengungkapkan kalimah yang dipopularkan oleh Imam Hassan al Banna iaitu al waajibat aksara minal awqaat , iaitu kewajipan jauh lebih banyak dari masa yang ada kepada kita .

5. Justeru itu , kita diajar supaya tidak membazirkan masa dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah . Kebetulan kuliah subuh saya pada pagi ini membawa satu hadis Nabi saw :

من حسن الإسلام المرء تركه ما لا يعنيه

Sebahagian dari keindahan Islam seseorang itu ialah meninggalkan perkara yang tidak mendatangkan manafaat .

Hadis Hasan Riwayat Imam Tarmizi , Ibnu Majah dan Imam Malik

6. Perkara yang tidak mendatangkan manafaat ini tidak semestinya hanya dari perkara haram semata - mata tetapi juga dari perkara - perkara halal menurut hukum syara' namun ia tidak mendatang manafaat kepada kita . Contoh mudah ialah berbual kosong di kedai kopi , tidur hingga mencecah 7 atau 8 jam sehari , termenung dan berangan - angan . Sungguhpun perbuatan ini tidak membawa kepada haram tetapi ia telah mengambil banyak dari masa kita yang sememangnya terhad .

7. Fenomena ini masih membelenggu sebahagian dari anggota jamaah kita . Akhirnya banyak tugasan jamaah dan tanggungjawab atau amanah tidak berjaya dilaksanakan dengan baik . Kalau pun siap , ianya disiapkan dalam keadaan tergesa - gesa mengejar waktu dan akhirnya tidak menghasilkan kualiti yang tinggi dalam prestasi kerja sebagai seorang yang bergelar pejuang .

8. Sebagai seorang pejuang , kita sewajarnya peka dalam perkara seperti ini , kerana fail kita masih bertimbun di pejabat dan ianya belum disemak . Frame work kita telah berhabuk kerana belum diterjemah dalam tindakan . Lebih malang jika pejabat kita juga telah bersawang kerana lama kita tidak beroperasi . Kita seperti tidak ada masa untuk bertindak . Tidak tahu ke mana habisnya masa kita . Namun apa yang pasti , matahari terbit dan tenggelam dengan begitu pantas sedang tanggungjawab dan amanah masih terlalu banyak yang belum dilunaskan .

9. Cuba kita hitung sejenak bagaimana masa kita berlalu sementara tugas kita sebagai pejuang menuntut komitmen terhadap masa yang begitu tinggi daripada kita . Termenung di bilik air , khayal di kusyen empuk , asyik di kaca TV , berbual kosong di kedai kopi , berangan di meja makan , leka berchatting , tidur melewati batas , alpa bermain game , melayari blog - blog yang tidak mendatangkan faedah dan maklumat , bergayut di telefon dan berSMS dalam perkara yang tidak penting .

10. Sayugianya wahai sahabat seperjuangan , Tinggalkanlah perkara yang tidak mendatangkan manafaat kepada diri mu ! demikian itu sebahagian dari keindahan dan kecantikan Islam seseorang . Begitulah terlebih wajar bagi seorang muslim meninggalkan perkara - perkara yang diharamkan oleh Allah swt lantaran ia pasti tidak mendatangkan manafaat .






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS