Menjana IQ Kreatif



Minda sedar dan minda bawah sedar yang kita miliki boleh dimaksimakan penggunaannya. Pada kali ini saya akan berkongsi teknik menggunakan kedua-dua pasang minda tersebut dengan cara yang kreatif. Ada 5 langkah praktikal:-

  1. Sediakan sebuah buku impian anda. Senaraikan impian, matlamat dan cita-cita anda. Baiklah, sekarang anda telah pun memilih impian anda. Pastikan matlamat yang ditulis adalah jelas iaitu jika pendapatan bulanan nyatakan jumlahnya misalnya RM10 000 sebulan, jika berat badan ideal nyatakan misalnya 56kg atau jika kereta nyatakan jenisnya dan harganya. Senaraikan apa sahaja impian anda dan paling penting nyatakan apakah faedah dan sebab kepentingan nilaian bahawa anda mesti memiliki impian anda. Tanpa sebab yang kukuh minda anda tidak dapat beroperasi secara sepenuhnya. Untuk memantapkan impian anda maka carilah gambar impian anda yang bersesuaian, cerita contoh kejayaan model yang anda minati atau kata-kata yang ada kaitan dengan impian anda. Tampalkan dalam buku impian anda seperti buku skrap. Tujuannya adalah setiap hari terutamanya sebelum tidur atau bangun dari tidur anda dapat tatapi buku impian anda. Seelok-eloknya tataplah ia 5 kali sehari.

  2. Fokus dan berikan penumpuan pada setiap satu impian anda.
    • a) Apabila fokus anda jelas, kemukakan selalu soalan BAGAIMANA CARA anda ingin jadikan impian anda satu kenyataan.
    • b) Tuliskan dan senaraikan apa sahaja idea langkah-langkah yang akan anda lakukan. Jangan buat apa-apa penilaian dahulu. Cuma tulis sahaja sama ada logik atau tidak apa sahaja yang terlintas di fikiran.
    • c) Dapatkan ilmu pengetahuan atau bertanya dengan orang yang telah berjaya mencapai impian yang sama seperti yang anda impikan. Sertai seminar, baca majalah, buku, dengar audio tentang bagaimana orang-orang yang telah berjaya capai impian mereka. Anda boleh tiru cara mereka. Duplikasikan.
    • d) Senaraikan apa yang anda miliki dari segi sumber, ilmu, modal dan apa yang anda perlu ada dan senaraikan halangan-halangan yang dijangka dan cuba cari penyelesaiannya.



  3. Anda perlu berada di dalam minda alpha. Lakukan meditasi, kosongkan minda dan biarkan minda anda terapung untuk penerokaan potensi diri. Biarkan minda anda mencari penyelesaian terhadap permasalahan dan halangan. Dalam keadaan sedar, sentiasa tanya Bagaimana... bagaimana... bagaimana? Guna 5 pancaindera dan pancaindera yang ke 6 (Sixth sense) -rasa gerak hati pada persekitaran anda bagi menghidu peluang yang ada di sekeliling anda dan bagi menemui jawapan-jawapan permasalahan dan halangan mencapai impian anda. Anda pasti akan menemui jawapannya yang telah disediakan oleh Allah.

  4. Raptai minda. Gambarkan dengan sejelas-jelasnya dalam minda anda bahawa anda 'telah' dan sedang menikmati kejayaan-kejayaan anda. Lihatlah diri anda, dengarkan suara-suara kejayaan dan rasakan getaran emosi positif akan kegembiraan yang anda nikmati dengan rasa syukur dan berterima kasih dan jangan lupa dalam kegembiraan anda bayangkan juga sifat anda yang pemurah berkongsi kejayaan dengan orang lain di mana jika anda memiliki kejayaan anda amat gemar untuk menolong orang lain dengan pemberian dari anda kepada mereka. Amalkan sentiasa pada raptai minda anda supaya anda boleh menarik persekitaran tersebut dalam kehidupan seharian anda.

  5. Langkah yang paling penting ialah lakukan apa sahaja yang telah anda rancang dan pelajari. Aplikasikan dalam kehidupan sebenar. JIka anda masih belum berjaya cari maklum balas dari penilaian sendiri atau dari orang lain yang ahli atau pakar dalam bidang yang anda ceburi dan lakukan berulang kali berdasarkan maklum balas tersebut sehingga anda mencapai impian anda. Apapun tindakan anda yang pastinya anda mesti berdoa dan terus berdoa sambil berusaha dan bertawakallah pada Allah.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Kehausan Ibn Abbas Terhadap Ilmu Pengetahuan




Abdullah ibn Abbas telah menceritakan bahawa beliau dan seorang sahabat daripada kaum Ansar berbual mengenai pencarian ilmu selepas kewafatan baginda SAW daripada pengikutnya yang masih hidup, namun sahabat tersebut memberikan jawapan yang kurang memberansangkan:

“ Aku masih belum merasa hampa. Aku memulai pertanyaanku mengenai ilmu pengetahuan. Aku telah menghampiri setiap orang yang kusangka telah mendengar sesuatu daripada Rasulullah SAW. Akhirnya aku berjaya memperolehi sebilangan besar kutipanku mengenai hukum-hakam daripada orang-orang Ansar. Sekiranya aku dapati salah seorang daripada para sahabat itu sedang tidur tatkala aku menziarahi mereka, aku hamparkan kain serbanku di pintu-pintu pagar rumah mereka ; duduk sambil menunggu mereka. Kadang-kadang aku dapati muka dan badanku diliputi debu-debu. Akan tetapi aku masih juga mahu menunggu sehingga mereka bangun dan berazam untuk menemui mereka.


Sebilangan daripada mereka mengatakan:

“Abdullah, kamu merupakan sepupu Rasulullah SAW. Sepatutnya kamu berhak memanggil kami ke tempatmu, tetapi mengapakah engkau bersusah payah mendapatkan kami di sini?”

“Akulah yang sepatutnya menghampiri kalian semua ; kerana aku adalah seorang pelajar dan kamu semua adalah guru-guruku.”

“Sejak bilakah kamu telah menunggu kami?” soal mereka kepadaku.

Aku memberitahu bahawa aku menunggu mereka dalam jangka masa yang agak lama juga.

Mereka berkata kepadaku, “Sungguh kasihan! Sedangkan kamu boleh mengejutkan kami dari tidur.”

“Tidaklah aku suka menggangu kamu demi kepentingan diriku sendiri.”

Kemudian aku meneruskan pengajianku lagi sehingga tiba suatu masa di mana orang berduyun-duyun datang menemuiku untuk belajar daripadaku. Teman-temanku mulai menyedari pada ketika itu seraya berkata : “Sesungguhnya budak ini benar-benar membuktikan bahawa dirinya lebih pintar berbanding kita.”

***

Inilah keazaman yang dipamerkan oleh Abdullah bin Abbas sehingga menyebabkan dirinya dijolok dengan gelaran ‘Khibrul Ummat’ (Orang yang terpelajar dalam kalangan umat Islam) dan Bahrul Ulum (Lautan Ilmu) pada zaman beliau. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Taif.


Sumber : inspirasi.iluvislam.com




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Kejar Dunia Usah Sampai Lupa Akhirat
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : ewan*
Editor : naadherah



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


MALAS adalah satu penyakit. Ia menimpa semua orang termasuk remaja. Malas ada bermacam ragam, ada malas belajar, malas kerja, malas bercakap, malas makan serta seribu satu macam jenis malas lagi.

Malas ada risiko dan akibatnya, tetapi apa yang menakutkan adalah kalau malas beribadat.

Akibat dan risiko malas yang lain boleh ditanggung, tetapi kalau malas beribadat tidak mampu ditanggung rasanya.

Siapa yang sanggup menanggung azab sengsara dibakar api neraka.

Perhatian kita terhadap penyakit malas ibadat amat menurun dan corot terutama terhadap anak remaja kita.

Lihat saja kalau anak kita tidak ke kelas tambahan atau tuisyen, bukan main marah kita maki dan kadang-kadang pukul mereka.

Berbanding keadaan kalau anak kita tidak menunaikan solat, puasa atau anak gadis tidak menutup aurat, tidak kita dengar suara menyuruh atau berleter.

Kadang-kadang yang kita temui apabila emak atau ayah menyuruh adalah yang tolong bela.
“Kasihan budak tu...biarlah dia tidur, di asrama tak cukup tidur...,” bela emak pada anaknya yang balik bercuti.

Kita memberi perhatian kepada pelajaran yang akan memberi skor ‘A’ dalam peperiksaan, tetapi bagi pelajaran fardu ain, kita buat tidak endah saja.

Sebenarnya ini penyuburan nilai tidak prihatin kita yang ditanamkan terhadap anak tanpa kita sedari.

Kita lebih khuatir masa depan dunia anak kita daripada masa depan agama mereka.

Dunia memang penting. Islam tidak pernah menolak dunia yang sehingga al-Quran mewasiatkan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Carilah apa yang dikurniakan Allah terhadap perkara akhiratmu dan janganlah kamu lupa urusan dunia kamu...”

Jangan lupa dunia antara mesejnya, tetapi jangan pula leka mencari dunia sehingga lupakan akhirat, kadang-kadang bukan saja lupa akhirat, malah Allah sebagai Tuhan yang disembah pun dilupakan juga.

Memang patut kita risau kalau anak kita tidak berjaya di dunia, tetapi lebih patut lagi kita risau kalau anak ke neraka gara-gara gagal beribadat ketika di dunia.

Pesan dan motivasi anak supaya bersungguh-sungguh belajar, tetapi jangan lupa hendak berpesan kepada mereka supaya tidak mengabaikan ibadat terutama solat sebagai tiang agama.

Nabi Yaakub berpesan kepada semua anaknya sebelum wafat,

“...apakah yang kamu sembah selepas kematianku...”

Bagi yang lalai dan terlalu leka dengan dunia mungkin pesanannya sebelum mati,

“...anak-anakku apa yang akan kamu makan selepas kematianku...”

*Artikel asal oleh Mohd Zawawi Yusoh (Harian Metro)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

rasepi kejayaan




RESEPI BELAJAR

Bahan-bahannya:

1.Buku secukupnya(ikut selera masing-masing)
2.Sebuah ketekunan
3.3 mangkuk kerajinan
4.4 hiris keinsafan
5.5 keping kasih sayang
6.Beberapa potong kasih
7.Segenggam harapan
8.1/3 cawan air mata keinsafan
9.Semangkuk azam
10.Sekuntum A untuk hiasan

Cara membuatnya:

1.Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2.Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati.
3.Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 lit3r pati usaha. 4.Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama.
5.Kemudian titiskan air mata keinsafan.
6.Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa.
7.Tambahkan sedikit kerajinan.
8.Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa.
9.Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah.

Cara menjamahnya:
1.Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya.
2.Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi.
3.Hiasilah dengan seyuman.
4.Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini.

Selamat menjamah :)

Pesanan Editor: Bulan Syawal bulan kemenangan, setelah sebulan menahan nafsu, dan kini bermulalah medan bertempur hasil latihan di bulan Ramadhan. Ayuh sahabat semua, sama-sama berusaha untuk berjaya di dunia, dan akhirat terutamanya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ramadhan sudah berlalu pergi....




Tangisan Mutiara

Disaat entri ini ditulis, ramadhan akan meninggalkan kita dalam masa satu/dua hari sahaja lagi. Bulan keberkatan, rahmat, keampunan sudah hampir menutup tirainya. Syaitan-syaitan hampir dilepaskan belenggunya, pintu neraka hampir dibuka. Namun kita sebagai manusia (termasuk diri ini), masih terleka dengan kegembiraan syawal lebih dari kelebihan ramadhan yang disebut.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 183

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Dalam ayat diatas jelas menunjukkan outcome terhadap orang-orang yang berpuasa adalah sejauh mana taqwanya meningkat. Kita? Adakah taqwa kita meningkat? Sesungguhnya untunglah orang-orang yang berjaya mendapat outcome yang dijamin oleh ALLAH ayat diatas. Siapakah orang-orang tersebut?

Mereka ialah orang orang merasai terkesannya diri untuk menjadi lebih baik, gembira sewaktu kedatangan ramadhan dan sedih sewaktu pemergiannya. Mengapa mereka merasai begitu? Sudah tentulah kerana ganjaran dan kebaikannya tidak ada di dalam bulan-bulan lain.

Antara kelebihan ramadhan ialah :

Pahala kebaikan digandakan. MasyaALLAH. Bayangkan kalau diluar ramadhan setiap satu kebaikan akan diberi sepuluh ganjaran, apatah lagi ramadhan? Sebagai contoh, dengan membaca al-Quran, ganjarannya mengikut berapa huruf yang dibaca. Jika satu surah al-Fatihah di baca pada luar bulan ramadhan, setiap huruf di beri ganjaran sepuluh kebaikan. Jika dibulan ramadhan, hanya dengan surah al-fatihah berganda-ganda ganjarannya. Apatah lagi yang menghabiskan satu Al-Quran. Begitu juga sedeqah dan sebagainya.

Allah membuka pintu keampunan seluas-luasnya. Sedangkan Rasulullah yang ma’sum pon setiap hari bertaubat kepada ALLAH, inikan lagi kita, manusia biasa, yang tidak diberi apa-apa jaminan syurga. Hanya orang-orang bijak sahaja yang mengambil peluang sehabis baik meminta keampunan di bulan ini. Setiap tangisan airmata yang keluar ikhlas kerana ALLAH itulah yang akan membantu menyelamatkan kita dari seksaan azab api neraka.

Malam lailatulqadar. Ganjaran yang ada pada malam ini sama seperti beribadat selama 1000 bulan atau bersamaan dengan 83 tahun. Mengikut salah satu pendapat ulama’ berdasarkan nas-nas, ia berlaku pada sepuluh malam ganjil sepuluh terakhir bulan ramadhan. Semua ciptaan ALLAH tunduk sujud dengan cara tersendiri pada malam itu, Inikan lagi manusia, yang diberi aqal, mereka perlulah lebih berusaha mencari malam ini.

Seperti firman Allah dalam (surah Al-Qadr : 1-5)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Doa dimakbulkan. Antara doa-doa akan ALLAH akan makbulkan dengan hebat ialah doa orang-orang yang berpuasa. Itupun jika puasa dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Berusaha untuk mencapainya, bukan setakat berdoa sahaja.

Dengan pemergian Ramadhan pada kali ini diharapkan memberi satu kekuatan dan latihan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan. Oleh itu wahai rakan sekalian, sambutlah aidilfitri dengan kegembiraan yang berpada-pada, janganlah sampai menjadikan syawal sebagai hari balas dendam atas segala apa yang kita tahan selama bulan ramadhan.

Kepada yang berusaha pergi bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usahamu untuk berjamaah fardhu di luar bulan ramadhan.

Kepada mereka yang berusaha berhenti merokok pada bulan ramadhan, teruskan usaha anda untuk berhenti merokok.

Kepada yang selalu menahan diri untuk mencarut pada bulan ramadhan, jaga mulutmu dari perkataan-perkataan yang tidak berguna itu selepas ramadhan.

Kepada mereka yang letih sujud berqiamullail pada bulan ramadhan, teruskan dengan bangun malam itu sepertimana kau mencari LailatulQadr di bulan ramadhan.

Kepada mereka yang menahan diri dari berdating dengan temanmu di bulan ramadhan teruskan usahamu membina pertalian suci diantara dua hati yang bukan muhrim.

Kepada mereka yang menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang terjurus kepada kelucahan semasa bulan ramadhan, jadikan syawal dan bulan-bulan seterusnya sebagai permulaan kepada pengakhiran.

Kepada mereka yang berusaha menutup aurat untuk bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usaha sucimu itu dibulan-ulan seterusnya. Agar ia menjadi kebiasaanmu kelak.

Dan begitulah selanjutnya, jadikanlah ramadhan sebagai latihan untuk kamu menjadi insan yang lebih berguna.

Terima kasih ALLAH kerana memberikan aku kesempatan untuk menghabiskan ramadhan pada tahun ini, dan sampaikanlah aku ke ramadhan seterusnya. Amin, Ya Rabbal- Alamin

Hadith Rasulullah SAW:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. -Riwayat Ahmad dan At Tabrani daripada Anas-


Jazakumullah



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS


Anda Akan Ke Rumah Terbuka IdulFitri: Baca Ini Dahulu!

SIAPA mampu menolak juadah pagi raya apabila lemang, ketupat dan rendang yang penuh menyelerakan terhidang di atas meja makan menunggu untuk dijamah.

Sementara menanti makan tengah hari, mulut mengunyah biskut raya dan kerepek sambil menonton rancangan menarik sempena raya di kaca televisyen.

Hampir semua hidangan mengandungi kadar lemak, gula, garam serta kolesterol yang tinggi. Itu belum dengan pelbagai jenis minuman manis yang sentiasa tersedia di dalam bekas air.

Begitulah lumrah pemakanan bagi kebanyakan individu setiap kali menjelang 1 Syawal. Puasa sebulan terus dibalas dengan makan dalam sehari.

Namun apakah risiko yang mungkin terjadi pada sistem perut dan penghadaman yang tiba-tiba dikejutkan dengan pemakanan mendadak ini?

Pakar pemakanan dari Iree Touch Sdn. Bhd., Ida Rafidah El-Emin memberitahu, dalam keadaan berpuasa, kadar metabolik turun kerana tidak banyak makanan untuk diproses.

Namun apabila hari raya individu yang makan terlalu banyak boleh mengakibatkan kadar metabolik mereka semakin tidak stabil.

"Kerana keadaan ini, individu yang makan berterusan akan mengalami penambahan berat badan secara mendadak, segala makanan yang masuk secara banyak itu tidak boleh dibakar oleh sistem metabolisme kerana keadaannya yang lemah selepas sebulan berpuasa," ujar Ida ketika ditemui di spanya yang terletak di Bandar Puteri, Puchong, Selangor.

Menurut Ida, apa yang sepatutnya dilakukan oleh individu pada pagi raya ialah makan alas perut seperti buah-buahan dan sayuran sebelum menikmati juadah sinonim pada hari raya seperti lemang dan rendang.

"Memang sesiapa pun tak boleh menolak juadah di pagi raya. Alas perut memang penting kerana apabila kita mengambil buah dan sayur yang kaya dengan serat, akan memberi lapisan kepada usus supaya lemak tidak diserap dengan banyak ke dalam darah. Antara buah yang baik dimakan ialah buah limau, epal hijau, kiwi dan salad," jelas Ida.

Tambahnya, seperkara lagi yang perlu dielak pada musim raya ialah pengambilan minuman yang mengandungi kafein.

"Kita perlu tahu bukan kopi dan teh sahaja yang mengandungi kafein, air bikarbonat juga mengandungi kafein.

"Pengambilan minuman berkafein bersama lemang, rendang dan sebagainya memang memudaratkan usus. Sebaiknya, apabila kita makan makanan berlemak, minumlah air suam dan jus buah sebagai alternatif.

"Salah satu cara penyerapan lemak terbaik untuk tubuh ialah pengambilan soy lecithin sebelum makan makanan berlemak.

"Makanan tambahan ini berfungsi sebagai penyerap lemak yang akan dikeluarkan melalui najis ketika membuang air besar," jelas Ida yang turut aktif memberi ceramah pemakanan sihat di hospital swasta sekitar Lembah Klang.

Ida menambah, kerepek adalah makanan yang perlu dielak kerana ia mengandungi oksida yang tinggi.

Bahan makanan bergoreng dan mengandungi oksida tinggi ini boleh menyebabkan badan dipenuhi dengan toksin dan sebagai penyelesaiannya mereka disarankan mengambil bahan anti oksida seperti vitamin A, C dan E.

"Jika mahu makan kerepek, pilihlah kerepek daripada jenis dipanggang seperti emping jagung. Jika suka makan kekacang pula pilihlah kacang parang atau kacang kuda yang mempunyai kandungan lemak baik atau omega yang tinggi.

"Jangan makan makanan mengandungi protein sekali gus. Sebagai contoh, makan ayam, daging, sotong dan ikan dalam satu masa, ini kerana usus hanya akan menghadamkan protein yang paling ringkas sahaja seperti ikan.

"Protein lain seperti daging dan sotong akan terus menjadi toksin yang sekiranya tidak dibuang akan menjadi penyebab penyakit seperti migrin dan masalah-masalah lain," katanya.

Menurut Ida, antara risiko yang boleh terjadi pada individu yang tidak mengawal pemakanan mereka pada musim raya ialah sembelit.

"Apabila sembelit berlaku, masalah seperti buasir akan timbul. Selain itu, usus juga boleh mengalami kecederaan dan sekali gus mengakibatkan sistem penghadaman kacau bilau.

"Ketika bulan puasa, pesakit darah tinggi atau kencing manis akan turun kadar glukos dan kolesterol tetapi naik mendadak pada musim raya. Kita tidak mahu bulan raya diserang penyakit berbahaya, sebab itu kena kawal makan.

"Sebaiknya buang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari. Selain menikmati makanan yang sedap pada hari raya, pastikan juga minum air kosong lapan gelas sehari demi kesihatan yang optimum," pesannya.

Sumber Utusan Malaysia, klik sini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS


Ganjaran Eksklusif Puasa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Segala lafaz pujian bagi Allah, Tuhan yang Menguasai sekalian alam. Maha suci Allah, Tuhan Pemilik ‘Arasy yang agung. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia makhluk, Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam, juga kepada ahli keluarga baginda yang mulia serta para sahabat baginda yang terpuji.

Ayuh, marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu wa ta’ala kerana dengan keizinan-Nya kita masih lagi diberikan kesempatan untuk melalui madrasah hebat bulan Ramadhan yang mulia ini. Jika Allah Subhanahu wa ta’ala menghendaki untuk kita tidak lagi berkemampuan untuk memanfaatkan bulan Ramadhan ini, sudah tentu hal itu cukup mudah. Boleh sahaja kita diberikan kesakitan yang dahsyat yang dengan sebabnya kita tidak mampu berpuasa. Atau, mungkin sahaja kita ditimpakan kemalangan sehingga kita tidak lagi mampu berdiri untuk solat tarawih serta solat-solat sunat yang lain. Hampir setiap hari kita boleh membaca di dalam surat khabar, atau melihat di kaca televisyen berita tentang kematian melalui kemalangan dan sebagainya. Seharusnya hal tersebut memberikan kita satu pengajaran bahawa seandainya Allah menghendaki untuk menjadikan Ramadhan ini yang terakhir buat kita, maka pasti mudah sahaja untuk Allah mencabut nyawa kita. Justeru, sewajarnya kita bersyukur kepada Allah Subhanahu wa ta’ala atas kesempatan yang masih diberikan kepada kita ini.

Seterusnya, seharusnya kita mengambil kesempatan dengan sebaik-baiknya di bulan Ramadhan ini untuk mendapatkan ganjaran dan manfaat dengan sebanyak-banyaknya kerana ibadah puasa di bulan Ramadhan ini dijanjikan dengan ganjaran yang begitu banyak; sehinggakan, sesetengah para ulama menyatakan bahawa sesiapa yang tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh membanyakkan ibadah di bulan Ramadhan bagi mengejar dan merebut manfaatnya, maka orang tersebut adalah orang yang bodoh. Analoginya mudah: bayangkan, ada seseorang datang kepada kita menawarkan kepada kita wang tunai bernilai jutaan ringgit dengan syarat kita melakukan beberapa kerja mudah seperti memujinya, mengucapkan terima kasih kepadanya dan sebagainya. Nah, bukankah orang yang melepaskan peluang duniawi seperti itu, adalah orang yang bodoh. Maka, begitu jugalah orang yang melepaskan peluang mendapatkan ganjaran tidak terhingga yang disediakan melalui ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Hadith terbaik yang menceritakan kepada kita tentang kelebihan ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah sebuah Hadith Qudsi yang dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim di dalam Sahih mereka masing-masing.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda (yang kira-kira bermaksud): “Setiap amalan anak Adam itu baginya. Satu kebaikan dibalas dengan 10 ganjaran hingga 700 kali ganda.” Firman Allah ‘azza wa jalla: “Melainkan puasa, sesungguhnya ia adalah bagiKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sesungguhnya dia meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata kerana Aku. Bagi orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya, dan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi.” (Dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, an-Nasa’I, Ibnu Majah, al-Darimi)

Di dalam hadith tersebut dijelaskan kepada kita bahawa setiap amal kebaikan yang dilakukan itu adalah untuk kita. Hal ini bermakna, setiap amal kebaikan itu, di hari akhirat kelak, akan menjadi ‘bekalan’ kita ketika dihisab. Di hari akhirat kelak, apabila ada seseorang yang pernah membuat kejahatan atau kezaliman ke atas seseorang, maka orang yang dizalimi atau disakiti itu akan datang kepada orang yang menzalimi atau menyakiti itu untuk menuntut haknya. Lalu, orang yang menzalimi itu akan terpaksa memberikan amal kebaikannya itu tadi kepada orang yang dizaliminya itu. Maka setiap amal kebaikan kita, akan kita jadikan sebagai ‘bayaran’ kepada orang yang pernah kita zalimi seperti orang yang pernah kita curi barangnya, pernah kita tebarkan fitnah atasnya, pernah kita umpat, keji dan sebagainya. Kecuali puasa, kerana Allah Subhanahu wa ta’ala menyatakan dengan jelas bahawa puasa itu adalah bagi Allah, dan Allah yang membalasnya. Maka, amal kebaikan puasa tidak dibenarkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala untuk dijadikan sebagai tebusan terhadap kesalahan-kesalahan yang pernah kita lakukan di dunia ini. Mudah-mudahan, andaikata amal kebaikan kita yang lain kelak habis disebabkan banyaknya kejahatan yang kita lakukan, dengan sebab amalan puasa kita itu boleh menjadi penyebab untuk kita dimasukkan ke dalam syurga Allah.

Begitu juga dinyatakan di dalam hadith tersebut, bahawa bagi setiap amal kebaikan yang lain, kita akan diberikan ganjaran antara 10 ke 700 kali ganda ganjaran. Apabila seseorang daripada kita melakukan kebaikan, maka para malaikat akan mencatatkan kebaikan tersebut, bergantung kepada nilai ganjaran yang akan diperolehi berdasarkan kepada keikhlasan dan sebagainya. Namun, bagi ibadah puasa ini tidak ada hadnya. Oleh sebab itu, tuan guru yang dikasihi, Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki menyatakan bahawa ibadah puasa ini tidak dapat dicatat oleh para malaikat berapakah ganjaran yang hendak diberikan. Maka, ganjaran bagi ibadah puasa ini akan diberikan sendiri oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dan oleh sebab itulah dinyatakan juga di dalam hadith tersebut, kegembiraan kedua yang akan diperolehi oleh orang yang berpuasa adalah apabila bertemu dengan Tuhannya kerana pada ketika itu ia akan diperlihatkan dengan ganjaran daripada ibadah puasanya. Inilah ganjaran eksklusif ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

Maka, untuk mendapatkan ganjaran yang hebat tersebut, perlulah kita bermujahadah dan memastikan kualiti ibadah puasa kita berada di tahap yang terbaik. Ingatlah bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam ada memberikan satu peringatan kepada kita bahawa di kalangan semua umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan, begitu ramai sekali yang gagal mendapatkan apa-apa manfaat daripada kelebihan ibadah ini melainkan sekadar merasakan lapar dan dahaga. Mudah-mudahan kita tidak termasuk di dalam golongan itu. Apa yang penting adalah kita memastikan kita memelihara semua arahan dan suruhan Allah Subhanahu wa ta’ala, dan membanyakkan bersabar. Hal ini demikian kerana sebahagian besar daripada amalan puasa itu adalah sifat sabar dan balasan bagi sifat sabar tiada batasnya. Sabar terbahagi kepada tiga jenis yakni sabar dalam mentaati perintah Allah, sabar dalam meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah, serta sabar dalam menerima taqdir Allah yang perit dan menyakitkan.

Justeru, bagi memastikan kita mendapat kualiti ibadah puasa yang terbaik hendaklah kita bersabar dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Segala yang wajib hendaklah kita laksanakan dan segala yang haram hendaklah dijauhi. Bersabarlah dalam menghadapi keperitan rasa lapar dan dahaga, rasa lemah badan, serta apa-apa sahaja ujian dan dugaan dalam bentuk kesusahan, kesempitan, kerunsingan dan sebagainya yang mungkin dihadapkan kepada kita oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dengan tujuan untuk menguji dan melatih keimanan kita. Hendaklah kita yakin dengan janji dan jaminan Allah Subhanahu wa ta’ala kerana janji Allah itu janji yang benar.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS


Apabila Murid Sekolah Rendah Positif Dadah…

Memetik laporan dalam Berita Harian hari ini, Isnin 7 September 2009:

PUTRAJAYA: Seramai 306 murid di beberapa sekolah rendah di negara ini dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah tahun ini, kata Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Abdul Bakir Zin.

Beliau berkata, murid berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing secara pro aktif yang dijalankan Unit Pencegahan AADK.

“Di Kelantan kami dapati lebih kurang 60 orang murid sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran.”

“Program ini dilakukan khusus untuk mengesan secara pro-aktif murid sekolah yang berkemungkinan menjadi penghisap dadah,” katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani “Term of Referrence” dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di sini, hari ini.

Beliau berkata melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung.

Abdul Bakir bekata Unit Pencegahan AADK turut melakukan pengawasan terhadap pelbagai badan, jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan tiada penyalahgunaan dadah berlaku di kalangan penjawat awam.

“Setakat ini tiada penjawat yang positif dadah yang kami kesan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan berterusan terhadap pemandu bas sempena musim perayaan ini. - BERNAMA

Laporan ini suatu laporan yang merisaukan. Apabila murid sekolah rendah pun sudah pandai menagih dadah, maka sudah tentu itu suatu gambaran yang sangat merisaukan. Hal ini menggambarkan masalah besar yang berlaku dalam masyarakat kita. Apakah yang menyebabkan murid sekolah rendah pun sudah pandai menagih dadah? Apakah institusi kekeluargaan di negara ini sudah begitu rapuh sehinggakan kanak-kanak pun boleh terdorong untuk menagih dadah? Namun, apa yang pasti, hal ini merupakan suatu lagi petanda betapa pandangan hidup masyarakat di negara ini, terutamanya di kalangan masyarakat majoriti yakni umat Islam, begitu celaru dan rapuh.

Dalam kes seperti ini, sudah tentu yang boleh dikatakan sebagai salah bukanlah semata-mata kanak-kanak sekolah itu. Hal ini demikian kerana keterlibatan mereka dengan penyalahgunaan dadah tersebut pastinya kerana ada ‘dalang’ daripada kalangan orang dewasa di belakangnya. Yang penting juga, di manakah letaknya peranan institusi kekeluargaan? Apakah ibubapa pada hari ini sudah terlalu sibuk dengan kerjaya dan mengejar harta dunia, sehingga mengabaikan tanggungjawab besar mereka dalam mendidik dan membentuk anak? Ibubapa harus faham, pendidikan anak-anak bukanlah dengan menghantar mereka ke sekolah. Tetapi yang lebih penting, pendidikan anak-anak adalah merupakan tanggungjawab ibubapa yang harus mengajarkan mereka dengan adab dan akhlak yang ditunjukkan oleh Islam semenjak anak-anak itu kecil lagi. Malah, dalam Islam, pendidikan anak itu harus bermula semenjak sebelum anak itu lahir lagi.

Seringkali pada hari ini, menjadi kecenderungan di kalangan banyak pihak untuk menuding jari dan menyalahkan golongan muda atas masalah-masalah sosial yang berlaku. Perkara ini harus dibetulkan. Dalam Islam, kita tidak diajarkan bahawa terdapat perbezaan umur dalam soal tanggungjawab, ilmu dan akhlak. Ada di kalangan generasi muda yang sangat berilmu, sangat baik akhlaknya dan sangat mulia kedudukannya di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala. Dan, ramai juga di kalangan generasi tua yang sedikit ilmunya, buruk akhlaknya dan rendah darjatnya di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala. Begitulah sebaliknya. Oleh sebab itulah dalam kita meneliti permasalah sosial, seperti isu penyalahgunaan dadah di kalangan murid sekolah rendah ini, kita harus melihatnya dalam perspektif yang lebih luas, ‘the bigger picture’. Isunya bukan semata-mata masalah generasi muda pada hari ini yang semakin hilang hala tuju, tetapi masalahnya adalah masalah segenap entiti dalam masyarakat yang menyumbang ke arah berlakunya permasalahan tersebut.

Perkara paling asas, sudah tentu adalah untuk membetulkan pandangan hidup masyarakat itu sendiri. Dan, yang dimaksudkan dengan masyarakat di sini termasuklah golongan remaja dan belia, para ibubapa, para pendidik, ahli korporat dan juga ahli politik. Rata-ratanya, pandangan hidup masyarakat kita pada hari ini dicorak dan dibentuk oleh fahaman yang sekularistik dan materialistik. Masyarakat dididik dan dimomokkan dengan slogan ‘kemajuan’ dan ‘pembangunan’ yang bersifat semata-mata fizikal dan material. Jika adapun soal pembangunan insan ditekankan, itu pun adalah bertujuan untuk menambah tenaga kerja bagi membantu proses pembangunan yang bersifat material itu. Hal ini berlaku kerana masyarakat kita ‘terperangkap’ dalam suatu pandangan hidup yang melihat kemajuan dan pembangunan material itu sebagai matlamat dan sumber kebahagiaan. Sedangkan, dalam Islam, kita diajar dengan begitu jelas bahawa segala yang bersifat duniawi ini nilainya sangat rendah dan malah tidak bermanfaat untuk kehidupan abadi kelak. Dalam Al-Qur’an sendiri dijelaskan betapa harta dunia dan anak-anak tidak akan bermanfaat di hari akhirat kelak. Sebaliknya, yang bermanfaat adalah hati yang suci dan bersih yang dipersembahkan kepada Allah Subhanahu wa ta’ala.

Masyarakat kita pada hari ini tidak lagi diajar untuk melihat hala tuju kehidupan ini dalam pandangan yang lebih luas. Pengaruh sekularisasi telah menyebabkan ilmu-ilmu yang fundamental dan paling penting seperti pendidikan agama Islam disamatarafkan, atau diletakkan lebih rendah tarafnya, dengan ilmu-ilmu lain seperti sains dan matematik. Akibatnya, masyarakat kita mengetahui akan hari akhirat, tetapi tidak ramai yang benar-benar meyakini dan menghayatinya. Sedangkan, hakikatnya, hari akhirat itulah kehidupan kita yang sebenar. Semua manusia akan mati, tidak ada sesiapa boleh menyangkalnya. Selepas kematian, kita semua akan dihidupkan semula, dinilaikan segala amalan kita di dunia ini, dan kemudian kita akan dihantar ke destinasi terakhir kita: syurga atau neraka, dan di sana kita hidup selama-lamanya! Semua orang akhirnya akan ke situ, tetapi mengapa hal tersebut tidak menjadi suatu slogan yang utama dalam menentukan hala tuju masyarakat. Malah, perbincangan tentang soal kematian, syurga dan neraka dianggap sebagai sesuatu yang ‘kolot’ dan ‘terkebelakang’ dalam masyarakat pada hari ini. Sesungguhnya, orang yang menganggap kolot dan memandang rendah perbincangan-perbincangan tersebut adalah sebenarnya orang yang jahil dan buta mata hatinya.

Akhirnya, bila berlaku isu seperti penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah rendah ini, semua pihak akan mula menuding jari menyalahkan antara satu sama lain, dan kemudiannya suatu lagi dasar, peraturan, kempen dan program mungkin akan diperkenalkan yang pada hakikatnya tidak pun menyentuh akar permasalah sebenar dalam masyarakat kita pada hari ini. Justeru, apa yang penting dan yang boleh dilakukan oleh kita selaku entiti kecil dalam masyarakat adalah untuk kembali mendekatkan diri kita kepada Allah dan Rasul-Nya, dan seterusnya berusaha menyampaikan kefahaman kepada masyarakat agar menjadikan keredhaan Allah dan Rasul-Nya itu sebagai matlamat utama yang ingin dicapai dalam kehidupan.

Mohon respon dan pandangan balas.

Wallahu’alam.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.

Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.

Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.

Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._

Read more...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nuzul Quran : Ruang Penghayatan Kitab Su


Bulan Ramadhan Al-Mubarak kini telah melepasi pertengahan bulan yang mana umat Islam digalakkan untuk meningkatkan amal ibadah mereka. Pelbagai peristiwa juga dikaitkan dengan pertengahan dan pengakhiran Ramadhan. Antaranya adalah diturunkan Al-Quran pada pertengahan bulan iaitu pada 17 Ramadhan yang mana pada 17 Ramadhan juga telah berlakunya Perang Badar yang tercatat di dalam lipatan sejarah Islam. Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah pada malam-malam terakhir Ramadhan yang mana terdapat padanya malam LailatulQadar.

Hari ini, umat Islam diseluruh negara meraikan sambutan Nuzul Quran dan banyak program-program keagamaan yang dianjurkan oleh pihak masjid bagi membangkitkan ingatan orang ramai terhadap satu lagi peristiwa bersejarah yang patut diraikan oleh semua umat Islam.

Al-Quran jika dilihat pada maksudnya adalah bacaan atau himpunan yang mana di dalamnya terdapat pelbagai perkara berkaitan urusan seharian melibatkan soal tauhid, ibadat, jinayat, munakahat, kenegaraan, muamalat serta di dalamnya juga terungkai persoalan Sains dan Teknologi. Begitulah kehebatan mukjizat Al-Quran dan jika dihayati tentang isi kandungan dan intipati ayat-ayat suci Al-Quran, ia mampu memberi kesedaran dan memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang membaca dan mengahayati maksudnya.

Al-Quran diturunkan kepada umat manusia sebagai panduan dan bimbingan dalam meniti kehidupan yang sementara di dunia ini. Al-Quran jika dihayati dan diikuti secara keseluruhannya, merupakan panduan perlembagaan yang terbaik untuk kehidupan dan semua makhluk di dunia. Selain itu, Al-Quran juga sebagai penawar dan penyembuh dari pelbagai penyakit hati. Ini jelas digambarkan menerusi ayat Al-Quran yang bermaksud : “Sesugguhnya sudah datang kepadamu sebuah pelajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit (yang berada di dalam dada)” (Surah Yunus: 57).

Pembacaan dan penghayatan Al-Quran pada masa kini dilihat benar-benar penting bagi mengelak dan menjauhkan umat Islam dari pelbagai penyakit sosial yang benar-benar merugikan masyarakat. Remaja masa kini benar-benar telah menjauhi Al-Quran dan sering mendekatkan diri mereka dengan dunia hiburan yang melalaikan. Bersempena dengan sambutan Nuzul Quran, marilah kita kembali kepada ajaran Al-Quran dan janganlah kita sesekali menjauhkan diri dari Al-Quran kerana pembacaan dan penghayatan terhadapnya benar-benar mendatangkan ketenangan kepada diri kita.

Kepada golongan remaja, jadikanlah Al-Quran sebagai pendamping dan dekatkanlah diri kepada Al-Quran sebagai panduan terhadap kebenaran yang kekal selamanya. Menurut buku ‘Penjelasan Mengenai Al-Quran’ yang dikeluarkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, terdapat beberapa perkara yang dapat dikongsikan bersama sebagai panduan mendekatkan dan menghayati pembacaan Al-Quran :

* Yakin terhadap kebesaran dan keagungan ayat-ayat yang dibaca. Keyakinan itu bersandarkan bahawa ayat-ayat yang dibaca itu adalah kalam Allah yang memiliki dan memerintah sekelian alam dan Allah jugalah yang menurunkannya (Al-Quran) dan difardhukan kepeda hamba-hambaNya mengikutinya serta diwajibkan kepada mereka beriltizam dengan segala tuntutannya.

* Yakin bahawa Al-Quran menjadi makanan hati dan jiwa pembaca, matlamat segala segala keperluannya dan kelazatan rohnya. Ia juga menjadi penawar terhadap apa saja kesulitan yang dihadapi oleh manusia seperti kepedihan, dukacita, masalah peribadi dan masyarakat.

* Sentiasa takutkan azab Allah dan seksaanNya sekiranya berpaling daripada Al-Quran dan penghayatannya.

Jadi, bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran, marilah sama-sama kita mendekatkankan diri dengan Al-Quran dan menjadikan AL-Quran sebagai wadah pembangunan jiwa dan rohani yang bersih.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

keindahan islam...indahnya kehidupan beragama

Ramadhan di Serambi Mekkah

on Sunday, September 13, 2009

Dinsman telah menulis….

Ramadhan juga adalah bulan al-Quran, kerana al-Quran mula diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bulan Ramadhan. Mengambil sempena itu Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Nik Aziz mengeluarkan kain-kain banner yang menunjukkan orang membaca Quran, dan memasangnya di merata-rata tempat yang strategik. Tujuannya sebagai kempen supaya orang membaca Quran dengan lebih rajin di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kata Tok Guru, “kita tengok pun senang rasa hati.”

Tetapi hatinya yang senang itu pula mengusik mindanya menjadi kritis dan kreatif. Maka dilihatnya dalam imaginasinya ada gambaran lain yang lebih wajar, bagi menampilkan mesejnya. “Tolong buat banner lain,” kata Tok Guru yang kreatif ini, “orang baca Quran itu, kalau boleh, ada anak atas ribanya. Menandakan kita di Kelantan mendidik generasi Quran. Aku baca Quran, anak aku dengar. Walaupun anak baru berumur sebulan atau setahun, tapi Islam menetapkan apabila anak dilahirkan, kita diminta azan di telinganya, biar nama Allah dan Nabi Muhammad dalam azan itu masuk ke dalam telinga anak kita. Dia fahamkah tak fahamkah, tak mengapa, kita hanya turut Nabi Muhammad saw.”


Sangat menarik! Rupa-rupanya sampai kepada rekabentuk banner pun turut difikirkan oleh pemimpin ini. Lihatlah gambaran terperinci yang diberikannya: “Waktu dia baca Quran dan anak di atas riba itu, isterinya juga ada dalam gambar, membawa anak-anak pergi ke masjid. Dan anak-anak itu, waktu pergi ke masjid, dipimpin oleh emaknya, dia melompat dan menjerit suka tengok orang ramai di masjid, dan di masjid pula nampak ramai orang sedang mengambil wudhuk dan sebagainya.”
- Dinsman

Saranan dan hasrat tok guru itu telah diterjemahkan oleh PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) melalui billboard dan banner yang telah dipasang dijalan-jalan utama di seluruh Kelantan…


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Indahnya ramadhan di kelantan

Qaryah Ramadhan di Kelantan



Qaryah Ramadhan Di Kelantan… Suatu Kelainan Dan Sesuatu Yang Amat Istemewa Di Bulan Ramadhan Di Sini
Perkampungan Ramadhan yang telah dibina ini terletak di Perkarangan Stadium Stadium Sultan Muhammad Ke IV iaitu di tengah-tengah Bandar Kota Bharu..

Bermula dengan tadarrus Al-Quran pada waktu petang,pelbagai Juadah berbuka puasa disediakan secara percuma, solat Terawih yang disertakan dengan tazkirah ramadhan, Qiamullai sehinggalah bersahur beramai-ramai semuanya ada di Qaryah Ramadhan…
…………………………………………………….
dalam posting yang bertajuk “Selamat Datang Ke Qaryah Ramadhan” annasru ada menulis …

” Rasai kelainan suasana Ramadhan di Qaryah Ramadhan.

Khemah terawikh berhawa dingin beraroma haruman timur tengah berimamkan iman khas dari negara Mesir.

Nikmati makanan citarasa arab di Mubarak Cafe yang berkonsepkan dekorasi arab.

Bermula jam 12 malam setiap malam Relay Al Quran oleh para huffaz

Sepetang Di Ambang Iftar setiap Ahad, Selasa dan Khamis mempersembahkan nasyid Bersama Advice, talkshow Interaktif Nisa dan Bual@Bicara Remaja. Menampilkan tetamu-tetamu undangan, persembahan khas, interaktif bersama audien dan pelabagai slot menarik yang turut menawar hadiah.

Wacana Mukjizat Al Quran dan Forum Badar Qubra.

Qaryah Ramadhan juga menyediakan hidangan iftor (berbuka puasa) setiap hari kepada pengunjung.


SELAMAT BERKUNJUNG KE QARYAH RAMADHAN “
……………………………………………………………………………………………
Ihya Ramadan di Serambi Mekah

Qaryah Ramadan atau khemah Tarawih berhawa dingin bersaiz 3,200 kaki persegi dapat menampung kira-kira 1,000 jemaah yang pertama seumpamanya di negara ini, mendapat sambutan menggalakkan.

Orang ramai datang mengerjakan solat Tarawih sehingga melimpah ke luar khemah. Qaryah Ramadan itu dibina sementara di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

Apa yang lebih menarik program di Qaryah Ramadan bermula sejak petang sebelum berbuka puasa sehingga bersahur.

Program tersebut dikendalikan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Tema Ramadan tahun ini ‘Ihya Ramadan di Serambi Mekah’ mampu menarik kedatangan pelancong ke Kelantan.

Qaryah Ramadan itu dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang turut dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan.

Berucap pada majlis itu yang diadakan selepas dua salam Tarawih beliau berkata, Kelantan sesuai diberi gelaran ‘negeri tadahan wahyu’ kerana pemimpinya mengikuti ajaran yang dibawa Nabi Muhammad saw.

“Oleh itu mana-mana pemimpin atau menteri yang melawan ajaran Nabi Muhammad saw ketika memimpin negara atau negeri maka tindakannya itu serupa dengan apa yang pernah dilakukan Namrud.

“Kerajaan buat projek macam mana besar sekali pun, ia boleh dipinda, namun projek Tuhan khususnya kematian tidak boleh dipinda.

“Mana-mana kerajaan boleh dijatuhkan dengan undian rakyat, namun untuk mengundi supaya kiamat tidak berlaku.. itu tidak boleh,” katanya. Harakah Daily 8 sept 2009
………………………………………………………….



7 Wartawan Sweden Kunjungi Qaryah Ramadhan

Qaryah Ramadhan Kerajaan Negeri Kelantan petang ini menerima kunjungan 7 wartawan wanita dari Sweden yang akan turut sama berbuka puasa bersama orang ramai di qaryah Ramadhan, Dataran Warisan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Ketibaan rombongan wartawan tersebut telah disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam MPKB BRI, Azman Mat Daham, Penolong Pengarah Wanita Kerajaan Negeri, Azlina Che Harun dan juga Pegawai Khas kepada YB Hjh Ubaidah Omar. Rombongan ini diberi penerangan ringkas oleh Pegawai Perhubungan Awam MPKB-BRI dan dibawa meninjau dengan lebih dekat khemah solat terawih yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan serta kemudahan tempat berbuka puasa yang uruskan oleh pihak MPKB-BRI. http://kelantan.pas


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

seminar satu malaysia


Bertempat di Hotel Marriot Putrajaya, ana telah berkesempatan menghadiri seminar satu Malaysia..banyak input yang ana perolehi...semoga sukses selalu..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

perutusan aidul Fitri


Saya, Mohamad Muhaimin bin Haji Mohamad Zaki mengucapkan salam lembaran kepada seluruh muslimin dan muslimat.Semoga lembaran kali ini membawa sejuta kenikmatan kepada kita semua...AllahuAkbar, AllahuAkbar..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

malam lailatul qadar

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja.

Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya.

Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.

Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat.

Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

malam lailatul qadar

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja.

Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya.

Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.

Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat.

Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

makna idulfitri

By: agussyafii

Insya Allah besok hari ahad kita merayakan hari Idul Fitri. Kita akan saling bersalaman dan mengucapkan minal `a'idin wal fa'izin. Apa artinya ? Saya pernah bertanya pada anak-anak Amalia, apa artinya minal `a'idin wal fai'izin? serempak anak-anak Amalia menjawab, 'Mohon maaf lahir batin..kak'

Demikianlah memang anggapan kita pada umum atas kalimat itu, padahal tidak benar. Kalimat minal `a’idin adalah kependekan dari do'a Allohumma 'ij`alna minal `a'idin waj`alna minal fa'izin, artinya, Ya Alloh setelah berpuasa ini, jadikanlah kami termasuk orang yang bisa kembali (ke fitrah kami) dan sukses.

Apakah fitrah itu? Tanya Lusi. Saya menjelaskan kepada anak-anak Amalia, 'Baginda Nabi Muhamad SAW bersabda, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah. Fitrah adalah keadaan semula jadi, atau potensi dasar insan.'

'Seperti apa potensi itu kak agus?' tanya lusi lagi.

Saya jelaskan bahwa pada dasarnya jiwa manusia itu sempurna, memiliki kemampuan membedakan yang buruk dari yang baik, memiliki kecenderungan kepada agama yang benar, memiliki kecenderungan lupa, mesra juga bergolak. Fitrah dasar manusia itu dapat dilihat ada bayi yang baru lahir, simpatik, menarik, lugu dan jujur. Semua aspek dari bayi itu menarik hati, tangisnya, geraknya bahkan pipisnya. Tidak ada seorangpun yang marah jika dipipisi bayi. Akan tetapi bersamaan dengan perjalanan waktu, yakni ketika sang bayi tumbuh dan berinteraksi dengan lingkungan, beraktualisasi diri, maka mulailah terjadi distorsi dari fitrahnya. Ketika anak-anak, ia mulai bandel dan rewel, ketika remaja ia bisa berbohong dan tawuran, ketika dewasa ia bisa merekayasa segala sesuatu secara curang demi untuk kepentingan diri, dan ketika ia berada pada puncak karir, ia bisa berubah menjadi jahat dan menyebalkan.

Nah, ibadah puasa dengan segala kelengkapannya dapat secara perlahan-lahan mengembalikan penyimpangan itu mendekat kepada fitrahnya yang jujur dan simpatik. Dalam berpuasa diajarkan untuk rendah hati kepada sesama, di dalam berpuasa diajarkan untuk kembali tekun beribadah, didalam berpuasa diajarkan untuk banyak memberi kepada orang lain, diajarkan untuk tidak berkata-kata kecuali yang benar, diajarkan untuk tidak melihat kecuali sesuatu yang halal, diajarkan untuk tidak mendengar kecuali sesuatu yang halal di dengar. Bohong, bergunjing, gossip, fitnah, adu domba, bertengkar, maksiat dan semua yang tercela secara keras tidak boleh dikerjakan selagi dalam bulan puasa dan juga diluar bulan puasa. Jika itu semua diperhatikan maka seorang yang sudah sangat menyebalkan bisa berubah menjadi simpatik kembali.

Belajarlah kepada ulat bulu yang sangat menjijikkan. Ketika ia bertekad untuk berpuasa dengan masuk ke dalam kepompong, dan di dalam kepompong selama tigapuluh enam hari hanya berzikir, maka ketika keluar dari kepompong, ia sudah berubah total dari ulat bulu yang menjijikkan menjadi kupu-kupu yang indah mengundang kekaguman melihat keelokannya.

Seperti kupu-kupu itulah makna Idul Fitri bagi anak-anak Amalia, penuh keindahan dan kebahagiaan itu terpancar dari wajah mereka dengan penuh senyuman sudah bersiap dengan baju barunya. Airmata kami mengalir melihat wajah penuh senyum ketulusan mereka. 'Ya Alloh limpahkan mereka kebahagiaan di dalam menyambut hari nan fitri..'


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

khutbah aidil fitri


Allah Maha Besar, Allah Maha Agung, Allah Maha Segalanya. Allahu Akbar, Wa Lillaahil Hamd.

Sidang Jamaah Muslimin dan Muslimat, rahimakumullah,

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang hadirin sekalian, agar TAQWA yang dijana di bulan Ramadhan, jangan disia-siakan. Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar TAQWA dan jangan sekali-kali mati, kecuali dalam keadaan dirimu Muslim kepada-Nya.

Hadirin sekalian, rahimakumullah,

Hari ini adalah hari perayaan. Hari yang penuh kesyukuran dan kegembiraan, hari yang ditegah oleh Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam daripada berpuasa padanya. Hari keraian, Hari meraikan.

Namun, apakah hakikat sebenarnya perkara yang kita raikan?

Apakah asbab gembira kita? Apakah signifikasi Aidilfitri hingga diharamkan kita berpuasa pada hari ini?

Persoalan ini harus direnung agar gembira kita ada sebabnya. Manusia yang gembira tetapi tidak tahu mengapa dirinya gembira adalah manusia ‘gila’. Manusia yang gembira tetapi tersalah sebab mengapa dirinya gembira dalah manusia lara yang menc ipta duka.

Negara kita Malaysia mengisytiharkan 31 Ogos pada setiap tahun sebagai perayaan terbesarnya. 31 Ogos menjadi tarikh keramat yang diraikan di seluruh pelusuk tanah air. Apakah yang diraikan pada tarikh itu? Tidak lain dan tidak bukan, ia adalah hari kemerdekaan.

Manusia berhak untuk gembira apabila dirinya merdeka.

Merdeka daripada penjajahan dan penindasan. Merdeka daripada dikawal oleh kuasa asing. Merdeka daripada mengikut telunjuk orang lain. Bumi ini milik kita, kitalah jua yang berhak mentadbirnya. Bukan orang lain.

Kemerdekaan bererti tanah air dikembalikan kepada tuannya. Kepada asalnya.

Jika kemerdekaan daripada penjajahan itu asbab keramatnya tarikh 31 Ogos, maka apakah nilai di sebalik 1 Syawwal? Apakah asbab gembira di Aidilfitri?

Sidang jamaah kaum Muslimin dan Muslimat,

Ingatkah kita kembali kepada erti Ramadhan?

Ramadhan diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala kepada kita sebagai suatu proses untuk mencari sebuah merdeka.

Selama ini kita sentiasa dibelenggu oleh dua penjajah, iaitu penjajah yang lebih sukar untuk dihadapi kerana ia nyata berbeza daripada tentera British, Jepun, Komunis atau apa sahaja kuasa yang kelihatan.

Penjajah pertama adalah Syaitan. Ia sebagai seteru terbesar manusia, kerjanya sentiasa mengajak manusia kepada mendurhakai Allah sepertimana janjinya kepada Tuhan.

“Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Oleh kerana Engkau telah menghukum daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan menghias dan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya” [al-Hijr 15: 39]

Manusia yang terjajah adalah manusia yang tidak dapat melepaskan diri daripada seruan Syaitan dalam hidupnya. Manusia yang menurut telunjuk Syaitan, sedikit demi sedikit semakin jauh dari Allah hingga hatinya menjadi buta dari kebenaran.

Ramadhan telah datang untuk membantu manusia melepaskan diri daripada penjajah pertama ini. Syaitan dirantai untuk mengurangkan potensinya, urat saraf kita disempitkan dengan berlapar untuk mengurangkan jalan Syaitan menguasai kita.

Pada 1 Syawwal ini, tanyalah kepada diri kita, sudahkah diri ini berjaya melepaskan diri dari menjadi hamba kepada Syaitan? Sudahkah kita berjaya mempertahankan kemuliaan diri sebagai manusia daripada dijajah oleh Syaitan, makhluk hina yang dibenci Allah itu? Perhatikanlah perbuatan seharian kita, berapakah yang menurut seruan Tuhan, berapakah yang menurut seruan Syaitan?

Jika Syaitan bukan lagi pemegang remote control kehidupan kita, maka berhaklah untuk kita bergembira di Syawwal ini. Berbahagialah manusia yang sudah tidak lagi dijajah oleh syaitan dan kerajaannya.

Namun bagi yang kembali menyertai seruan Syaitan, ingatlah kepada firman Allah:

“Seumpama Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: “Kufurlah engkau!” Lalu apabila orang itu kufur, berkatalah Syaitan kepadanya: “Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang Menguasai seluruh alam!” Maka kesudahan keduanya, bahawa mereka (Syaitan yang mengajak dan manusia yang kufur menerima ajakan) ditempatkan di dalam neraka, kekal mereka di dalamnya. dan yang demikian itulah balasan makhluk-makhluk yang zalim” [al-Hasyr 59: 16-17]

Muslimin dan Muslimat, semoga kita semua dirahmati Allah,

Penjajah kedua yang menguasai manusia adalah hawa nafsu dan dirinya sendiri.

Berapa ramai manusia yang biar pun hidup di sebuah negara merdeka, dia tetap hamba yang tidak mempunyai kuasa memilih. Dia sentiasa mengikut kehendak-kehendak penjajah ini, biar pun pada kehendak yang membinasakan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

Apakah engkau tidak melihat keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: sebagai Tuhan yang diutamakan dan dipatuhinya, lalu dia disesatkan oleh Allah biar pun dalam keadaan dirinya berilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu tidak ingat dan insaf? [al-Jaatsiyah 45: 23]

Itulah sebesar-besar penjajah.

Manusia dijajah oleh dirinya sendiri. Oleh hawa nafsunya. Hingga dia tidak mampu membuat pilihan. Apa sahaja yang diinginkan oleh nafsunya, semua itu dituruti, tanpa berkata dua.

Manusia yang menjadikan nafsunya sebagai Tuhan, mereka ini buta biar pun celik. Mereka pekak biar pun bertelinga. Mereka menjadi bodoh biar pun memegang segulung ijazah ilmu. Manusia tatkala menjadi hamba kepada nafsu, ilmu sudah tidak lagi berfungsi membijakkannya. Mata yang celik gagal melihat. Telinga yang baik menjadi tuli. Hati menjadi buta dan mati, itulah penangan nafsu.

Berapa banyak rumahtangga yang musnah kerana manusia mengikut hawa nafsu?

Berapa banyak manusia yang rosak, kerana hidupnya bertuhankan nafsu?

Berapa banyak tamadun manusia dan kerajaan memerintah yang musnah, apabila pertimbangan tidak lagi berpaksikan tuhan tetapi berkiblatkan nafsu?

Semuanya gara-gara manusia yang tidak dapat melepaskan diri daripada kehendak dirinya yang begitu luas tidak terbatas. Nafsu mahu menelan dunia, biar pun makan mampunya hanya sepinggan.

Lalu Allah datangkan Ramadhan untuk mendidik kita.

Ingatkah lagi, betapa ketika kita ada semua makanan, namun memilih untuk tidak makan kerana mahu patuh kepada Allah? Ingatkah lagi, betapa ketika kita ada semua minuman, kita memilih untuk tidak minum kerana patuh kepada Allah? Ingatkah lagi, betapa kita ada isteri atau suami yang halal, tetapi kita tidak mendatangi mereka kerana mahu mematuhi Allah?

Semua itu adalah pelajaran Ramadhan untuk mengajar kita berkata TIDAK kepada sesetengah kehendak diri, agar kita mempunyai daya kawalan diri yang baik. Berjayakah kita dalam menguasai diri agar tidak dikuasai nafsu? Mampukah kita mengawal keinginan kepada perkara-perkara yang tidak baik, sebaliknya sentiasa terkawal dalam memilih antara baik dan buruk?

Jika kita sudah berjaya melepaskan diri daripada memperhambakan diri kepada nafsu, berhaklah kita untuk gembira. Sesungguhnya kita benar-benar telah merdeka.

Firman Allah:

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; – Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinyabersih. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). [al-Syams 91: 7-10]

Merdeka daripada menjadi hamba syaitan dan hamba nafsu, kemerdekaan hakiki yang diraikan pada sebuah Aidilfitri. Iaitulah kembalinya manusia kepada asal. Kepada Fitrah.

Sidang jamaah kaum Muslimin dan Muslimat, rahimakumullah,

Aidilfitri dan Aidiladha adalah perayaan kita. Ia adalah perayaan yang dirasmikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam sebagai perayaan kaum Muslim.

Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam berhijrah ke Madinah, ada dua hari perayaan yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis sahih An-Nasa’i)

Kita diberikan perayaan Aidilfitri ini agar kita tersendiri. Muslim harus punya jati diri. Muslim bukan Yahudi dan bukan Nasrani. Kita berbeza. Justeru perayaan kita juga berbeza.

Oleh itu, isikanlah kemeriahan Aidilfitri dengan cara kita. Cara Islam, cara yang diredhai oleh Allah. Bukan cara Syaitan, bukan cara nafsu, bukan cara Yahudi dan bukan cara Nasrani.

Kita dibenarkan berhibur. Malah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah menegur perbuatan sahabatnya Abu Bakr al-Siddiq radhiyallaahu ‘anhu mendenda dua perempuan yang menyanyi-nyanyi di hari Eid dengan kata baginda:

“Wahai Abu Bakr! Setiap kaum itu ada hari rayanya. Dan sesungguhnya hari ini adalah hari raya kita!” [Hadith riwayat al-Bukhari]

Hari ini memang hari untuk kita berhibur dan gembira.

Tetapi janganlah pula dengan hiburan yang sekali lagi membuktikan bahawa kita tiada jati diri, tiada identiti dan masih gagal melepaskan diri dari hiburan versi Yahudi dan versi Nasrani, bernama HEDONISMA.

Ketagihan manusia kepada dadah hiburan bernama hedonisma ini sangat menakutkan. Bukan tidak tahu akan mudaratnya, namun dek ketagihan, manusia yang bertaubat darinya dengan mudah kembali semula menjamah hiburan melampau ini. Hatta di Aidilfitri …

Hindarilah dadah ini. Ingatlah kembali kepada pesanan Baginda:

“Daripada Abu Sa’eed radhiyallaahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Pasti benar kamu nanti akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan tatkala mereka itu masuk ke lubang biawak dhabb sekali pun, pasti kamu akan mengikut mereka”. Kami bertanya, “Ya Rasulullah, apakah (umat terdahulu) yang engkau maksudkan itu adalah Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab, “kalau bukan mereka, siapa lagi?” [Hadith riwayat al-Bukhari (3269) dan Muslim (2669)]

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Laa Ilaaha Illallaah!

Allahu Akbar wa Lillaahilhamd!

KHUTBAH KEDUA

Sidang Jamaah,

Setelah berakhirnya Ramadhan, pertahankanlah kejayaan perubahan diri yang telah dicapai.

Masjid jangan dibiar sepi. Solat-solat yang wajib lebih utama untuk dijamaahkan berbanding Tarawih. Puasa 6 hari di bulan Syawwal dan puasa-puasa sunat yang lain jangan dilupakan.

Anak-anak yatim jangan dibiarkan yatim 11 bulan.

Amal ibadah dan kebajikan mesti diteruskan.

Sesungguhnya, usia mati kita lebih lama daripada usia hidup. Bekerjalah semasa hidup untuk membolehkan kita berehat semasa mati. Janganlah banyak berehat semasa hidup hingga menyebabkan kita dikerjakan selama mati!

Daripada Abi ‘Umar (ada yang memanggilnya Abi ‘Amrah) bin ‘Abdillah radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata: Aku berkata, “Wahai Utusan Allah, katakanlah buatku berkenaan Islam perkataan yang aku tidak lagi perlu bertanya kepada sesiapa selainmu.” Kata Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, “KATAKANLAH AKU BERIMAN DENGAN ALLAH DAN KEMUDIAN BERISTIQAMAHLAH KAMU” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim]



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS