Kelebihan sifat sabar dalam kehidupan seharian

Terdapat berbagai sifat yang terpuji yang dapat diaplikasikan di dalam kehidupan kita seharian.Antaranya ialah sifat sabar.Sifat sabar merupakan salah satu daripada sifat-sifat mahmudah yakni sifat yang terpuji dalam Islam.Sekiranya seseorang mukmin itu menghiaskan dirinya dengan sifat sabar dan ditambahkan lagi dengan ketenangan yang sentiasa mengalir di dalam dirinya, maka kecantikan dalam perlakuannya akan terhasil.

Rasulallah SAW pernah mengingatkan Ka’ab bin ‘Ujrah :Sesungguhnya sabar itu merupakan perisai “.Pembaca yang budiman, apakah yang dimaksudkan dengan perisai yang dimaksudkan di dalam hadis diatas?Perisai adalah pelindung diri, sama ada pada masa damai atau pada masa perang.Pada masa damai, manusia memerlukan perlindungan daripada sebarang bahaya, termasuk jangkitan penyakit seperti kanser dan lain-lain.Di dalam masa peperangan pula,bagi pasukan bersenjata terutamanya, sudah semestinya mereka merlukan perisai yang lengkap untuk menghadapi pihak musuh.Begitu juga dengan kehidupan kita seharian, terdapat berbagai dugaan, masalah yang bakal kita hadapi oleh insane yang bernama manusia.Jadi, semestinya kita perlulah menggunakan sejenis perisai yang bernama sabar untuk menjadi penawar kepada dugaan yang akan ditempuhi.

Pada zaman arus perdana yang semakin canggih dewasa kini, manusia mencipta pelbagai jenis perisai , bukan sahaja mencipta kereta perisai atau kereta kebal bagi menyelamatkan anggota tenteranya dari pihak musuh, malah mereka mencipta berbagai perisai dengan menggunakan pesawat yang canggih,dimana ianya mampu memintas serangan musuh sebelum senjata musuh menghadapi medan pentempuran. Akan tetapi apakah perisai yang dapat digunakan oleh manusia untuk menyelamatkan iman daripada serangan syaitan dan iblis maka nabi SAW menjelaskan bahawa manusia memerlukan perisai yang dikenali sebagai “sabar”.

Sabar ketika menerima ujian Allah SWT seperti mengahadapi kemalaratan hidup ketika kemiskinan, kepayan hidupan akibat suasana yang tidaka aman dan harmoni, atau sabar ketika menghadapi bala daripada Allah SWT.Dewasa kini kita melihat berbagai kes terutamanaya dalam institusi kekeluargaan yang hancur akibat daripada penyakit “panas baran” hasil daripada ketiksabaran seseorang dalam menghadapi ujian daripada Allah SWT.Keluarga yang bahagia dan harmoni merupakan keluarga yang didik oleh sifat sabar dan sentiasa menerima dugaan daripada Allah SWT. Misalnya, suami yaitu ketua keluarga yang bertindak sebagai arkitek dalam memacu kearah keluarga yang bahagia haruslah mempunyai kekuatan dalaman bagi mengahadapi dugaan yang bakal terjadi.Kekuatan dalaman yang dimaksudkan adalah sabar dan tabah dalam menggalas amanah sebagai seorang pemimpin keluarga.Si isteri pula haruslah bertindak sebagai pendokong utama kepada si suami yang akan memimpin keluarga yang bukan sahaja berkekalan di dunia, malahan di Akhirat jua.Dengan itu maka terhasillah sebuah keluarga bahagia dimana ianya menjadi impian semua insane di seantero bumi ini.

Manusia juga perlu sabar dengan kemewahan hidup yang telah dikecapi kerana tidak kurang juga manusia yang tidak dapat mengawal diri apabila mereka dianugerahkan nikamat kesenagan oleh Allah SWT.Bagi meraka yang dikurniakan oleh Allah SWt sifat sabar, mereka tidak akan dijilat oleh api neraka kerana perisai sifat sabar itu telah melindungi dirinya dengan izin Allah SWT.

Antara kelebihan lain yang dikurniakan oleh Allah SWT apabila seseorang insan itu menghiasi dirinya dengan sifat sabar ialah ianya akan dipandang mulia bukan saja disisi Allah SWT, malah dikalangan manusia amnya.Sabar juga diibaratkan sebagai sebuah tembok yang kukuh dimana ianya akan dapat mengatasi serangan daripada ancaman pihak musuh. Semoga melalui catatan pena yang seba ringkas ini akan dapat mengalirkan sifat sabar didalam diri kita .Ianya bakal menjadi perisai kepada segala dugaan dan marabahaya yang akan terjadi dalam siri kehidupan kita yang sementara di dunia ini.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Kelebihan sifat sabar dalam kehidupan seharian"

Post a Comment