Sentiasa bijak dalam mengawal tutur kata.


Setiap manusia di atas muka bumi ini telah dikurniakan oleh Allah swt berbagai nikmat yang tidak terperi nilainya.Antara nikmat tersebut adalah lidah.Lidah merupakan salah satu daripada organ yang terpenting di dalam tubuh manusia.Manusia dapat merasai dan menikmati makanan dan minuman yang lazat, dan dengan lidah juga manusia dapat bertutur kata dan berhubungan dengan sesama manusia, bahkan manusia itu juga dapat berhubung dengan penciptanya yaitu Allah swt juga dengan melalui pancaindera yang bernama lidah.

Terdapat berbagai kelebihan dan kepentingan yang terhasil dari lidah seperti yang telah disebutkan diatas, namun, ianaya juga sering disalahgunakan dan akhirnya akan membawa kepada bencana dan kebinasaan.Menurut pepetah Melayu, “terlajak perahu boleh dundur, terlajak kata buruk padahnya”.Begitulah peri pentingnya setiap manusia menjaga tutur katanya dalam pergaulan seharian.Akibat lidah, keluaraga yang bahagia akan menjadi porak peranda, negara yang makmur akan menjadi kacau bilau dan masyarakat yang harmoni akan menjadi bertelagah.Umum kita melihat, kepentingan menjaga tutur kata adalah amat penting untuk kita amalkan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Mengambil contoh, Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik dalam menjaga tutur katanya.Baginda sentiasa menjaga tutur katanya dari perkara yang tidak mendatangkan faedah dan dan menyakitkan hati si pendengarnya.Ini dapat dibuktikan dengan sebuah sabdaan baginda yang bermaksud:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik ataupun ia diam”(Hadis riwayat Bukahri dan Muslim daripada Abu Hurairah).
Sebuah lagi hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang suka selamat, maka hendakalah ia suka membiasakan diam”-(Hadis riwayat al Baihaqi daripada Anas)

Sabdaan diatas jelas menunjukkan bahawa kepentingan menjaga tutur kata dan segala percakapan didalam kehidupan seharian kita.Daripada sabdaan diatas juga , dapatlah kita fahami bahawa demi keselamatan seseorang ,maka hendaklah ia berkata –kata yang tidak mungkar dan keji dan boleh mendatangkan dosa.Jika tidak, hendaklah diama kerana itu mungkin lebih baik baginya.

Menjaga tutur kata yang baik amat digalakkan oleh Islam.Manusia yang sentiasa menjaga tutur katanya dengan baik akan dipandang mulia oleh masyarakat, disenangi oleh semua pihak samaada kawan mahupun lawan dan dia akan memperolehi ganjaran pahala dari setiap tutur katanya.

Sahl bin Saad as- Saidi menceritakan bahawa Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang memeberi jaminan kepadaku apa yang diantara dua tulang rahangnya , (lidah)dan yang di antara dua kakinya(kemaluan), nescaya aku akan menjamin baginya syurga”.Hadis riwayat Bukhari daripada Sahl bin Saad).


Ganjaran syurga merupakan idaman setiap insan di dunia ini.Gambaran syurga yang digambarakan mengalir beberapa sungai didalamnya, dihiasi tumbuh tumbuhan yang menyejukkan mata si pemandangnya, dikelilingi oleh bidadari-bidadari yang rupawan dan sebagainya yang kadangkala tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ganjaran syurga yang diberikan disebabkan seseorang insan menjaga tutur katanya hendaklah menjadi pendorong kepada kita sebagai hamba Allah SWT di muka bumi ini.Menjaga tutur kata dan adab sopan di dalam pergaulan seharian haruslah diaplikasikan agar setiap individu mukmin itu menjadi contoh ikutan terhadap mukmin yang lain.

Muhammad bin Wasi’ berkat kepada Malik bin Dinar:Hai Abu Yahya! Menjaga lidah itu lebih sukar bagi manusia bagi manusia daripada menjaga dinar dan dirham(harta).Berdasarkah petikan diatas dapatlah kita mengerti bahawa penjagaan lidah daripada mengeluarkan perkataan –perkataan yang keji dan tidak berfaedah adalah sukar daripada menjaga harta benda yang kita miliki.Antara perkara yang mesti akan diambil tahu oleh sesorang manusia dalam mengawal tutur katanya adalah seperti berikut:

i-Berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan atau perkataan
ii.Mengetahui implikasi sama ada ianya boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan bagi sebarang perkataan yang akan dikeluarkan.
iii.hendaklah mengawal nada suara, dan menunjukkan mimik muka yang mesra dan dihiasi dengan kemanisan senyuman yang terhasil di bibir
iv.hendaklah memohon maaf jika terkeluar sebarang perkataan yang boleh mennguris hati si pendengar.

Perkara-perkara sebegini haruslah diketahui agar dengan pergaulan kita seharian ianya akan dapat membuahkan kasih sayang dan keakraban yang atuh anatara penutur dan pendengarnya.Bukankah kita mengetahui bahawa antara sifat-sifat penghuni syurga adalah mereka sentisa menuturkan perkataan yang baik-baik dan bersikap lemah lembut.
Semasa menjawab pertanyaan apakah sebab yang terbesar seseorang itu dapat masuk syurga, Rasulullah SAW bersabda :” Takwa kepada Allah dan baik akhlaknya.”Dan apabila menjawab pertanyaan apakah sebab yang terbesar seseorang itu masuk neraka, maka Rasullah SAW bersabda: “dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”(Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah.

Berdasarkan sabdaan diatas , maka dapatlah kita mengerti bahawa untuk mengelakkan kita terjerumus daripada azab api neraka yang pedih nanti, maka setiap tutur kata yang dikeluarkan daripada mulut kita haruslah dijaga agar ianya tidak mengeluarkan kata-kata yang keji dan dapat menimbulkan implikasi yang negatif.Semoga kita semua dapat mengamalkan tutur kata yang baik dan dapat menyenangkan hati si pendengarnya seterusnya mendapat keredhaan Allah SWT.InsyaAllah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Sentiasa bijak dalam mengawal tutur kata."

Post a Comment